
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
" Teknologi Untuk Pendidikan Bestari"

PUSAT KEGIATAN GURU, JOHOL
Blog Rasmi



Meja Bantuan Penukaran Kata Laluan Dongle Yes
Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, garis panduan penukaran kata laluan YES Dongle ID telah diedarkan melalui surat kepada semua JPN dan salinan kepada BTPN dengan no. rujukan KP(BTP-PENT)S/8800/50/25-10 Jld2(1) bertarikh 22 Ogos 2014.
3.Pelaksanaan penukaran kata laluan Dongle ID telah bermula 9 September 2014 dan telah dimaklumkan melalui emel kepada semua sekolah melalui ID emel sekolah (schoolcode@1bestarinet.yes.my) dan ID Pentadbir Frog VLE Sekolah (vleadmin.schoolcode@yes.my). Pentadbir Frog VLE sekolah perlu memaklumkan kepada semua pengguna dongle sekolah berkenaan kata laluan baharu untuk Dongle ID dan tujuan penukaran kata laluan adalah untuk memastikan keselamatan penggunaan Dongle ID.
4 Sekiranya Pentadbir Frog VLE sekolah menghadapi masalah penukaran kata laluan dongle ID, boleh menghubungi Meja Bantuan 1BestariNet di talian 018-7998787 atau emel ke moesupport@ytlcomms.my.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yap Ley Har
Penolong Pengarah
Sektor Repositori dan Rangkaian
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-2081 7662 Faks: 2081 7788