top of page

VDI THIN CLIENT

Apa itu VDI THIN CLIENT

VDI Thin Client merupakan sistem yang menggunakan thin / zero client di mana semua pemprosesan serta penyimpanan maklumat dipusatkan diserver.

 

VDI Thin Client yang dilaksanakan di sekolah menyokong platform 1BestariNet adalah berasaskan kepada teknologi “Server-Based Computing” yang menyokong pelbagai sistem pengoperasian pengguna seperti Windows dan Linux.

 

VMWare merupakan salah satu penyelesaian virtualisasi desktop yang komprehensif bagi menggantikan komputer tradisional dengan mesin maya yang berpusat di server dan boleh dicapai oleh pengguna dari mana-mana peranti. Model ini juga dapat memperkemaskan pengurusan desktop, meningkatkan kawalan IT, meningkatkan keselamatan data dan meningkatkan pengalaman pengguna, fleksibiliti dan produktiviti.

 

Penggunaan teknologi VDI Thin Client akan dapat membantu interaksi antara guru dan pelajar dalam PdP serta dapat meningkatkan efisiensi suatu sistem pembelajaran secara online di mana teknologi ini sangat efektif kerana kos penyelenggaraan yang rendah.


 

Sekolah ahli PKG Johol yang menerima pembekalan VDI THIN CLIENT :-

 

 1 SK DANGI

 

 2 SK INAS

 

 3 SK SENIBAI

 

 4 SJK(C) PEI CHUN DANGI

 

 5 SM RENDAH AGAMA JOHOL 

bottom of page